Tampilkan postingan dengan label original by me. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label original by me. Tampilkan semua postingan

Minggu, 03 Oktober 2010

Niqob 3 Layers

Alhamdulillah, kita masih diberi keistiqomahan dalam beragama. Bagaimana kabar antunna sekalian? Ada peningkatan tidak dalam kehidupan seharian kita?

Seperti yang ana janjikan, hari ini akan postingkan beberapa gambar bekenaan dengan niqob 3 layers. Niqob jenis ini kebanyakkannya dipakai oleh wanita timur tengah dan eropah. Agak susah kalau kita nak lihat orag Asia yang pakai. Kenapa? mungkin inilah yang dikatakan sebagai "environment" atau persekitaran dalam bahasa melayu...

Orang melayu biasa mengenakan pakaian tradisional seperti baju kurung, kebaya dan lain-lain. Jadi apabila masuk budaya arab, mungkin ia akan kelihatan aneh dan asing. Namun perlu diingatkan bahawa, ia bukan semata-mata budaya, tetapi ia merupakan tuntutan yang harus kita patuhi -tuntutan yang dikatakan adalah menutup aurat sedangkan pemakaian niqob adalah sunnah :)-

Sebelum ana membebel panjang lebar, mari cekidot contoh pemakai niqob 3 layers ini;



Nah, bagaimana? mungkan ada yang akan berkata, seramlah.... ihhhh tak panas ke pakai macam tu? heeee... Sejujurnya, tidak ada kata panas dan tidak selesa apabila kita memakai pakaian ini dengan kehendak dan rasa sukarela.

Lupakan propaganda barat yang mengatakan hijab, purdah, niqob dan sebagainya menyekat kebebasan para wanita. TIDAK! ia malah menjadi pelindung bagi para wanita tersebut. Alhamdulillah, apa yang ana tuliskan ini bukan semata-mata ocehan dan kata2 tanpa makna, tapi ia merupakan pengalaman peribadi ana sendiri.

Bagi yang ada keinginan untuk menjaga diri, ana persilakan jika antunna mengenakan niqob. TAPI! jika niat antunna ingin menunjuk-nunjukka dan sebagainya.... Maka ana ingin katakan disini! luapkan niat kalian itu, kerana perbuatan memakai niqob kerana menunjuk-nunjuk hanya akan memburukkan lagi imej Islam!

Di bawah ini merupakan contoh kain dan bagian-bagian bagi niqob 3 layers.





Semoga kita dapat memperbaiki niat kita setiap hari. :) Jadilah wanita solehah, mukminah dan mujahidah yang dicintai oleh penduduk langit dan bumu. Insha Allah nanti ana akan tunjukkan 1 lagi contoh niqob iaitu niqob yang sering dipakai oleh wanita Malaysia.

Ilalliqo'. :)

Kamis, 30 September 2010

Niqob 2 Layers

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh...

Alhamdulillah, kita semua masih diberi keistiqomahan dalam beragama... mensyukuri nikmat Iman dan Islam yang diberi oleh Allah SWT.

Bagaimana keadaan akhowati sekalian? Makin meningkatkah iman kita? semakin cintakah kita kepada Islam? Smg kita sentiasa mendapat petunjuk dari Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perilaku kita...

Ha.. beberapa hari lepas saya publis tentang niqob 1 layer... macam mana? berkenan tak? Sekarang saya nak tunjukkan pula... contoh niqob 2 layer. Cekidot foto-foto yang dibawah ini. :)




Niqob yang ana tunjukan ini ada permata dibawahnya, Jadi si pemakai akan kelihatan cantik dan elegan setaip kali mengenakkannya.





Syariat pemakaian niqob ini adalah untuk memelihara kaum wanita dari fitnah. Kecantikan seorang wanita juga adalah subjektif... Jadi boleh jadi cantik di mata si A tidak sama dengan canti di mata si B.

Ianya bukan sekadar ingin menutup keindahan semata-mata (agar dipertontonkan kepada yang berhak) tetapi ia juga dapat membantu seorang wanita itu agar menjaga pandangan. :) Mata yang liar akan membuatkan hati kita menjadi liar, namun jika kita dapat menjaga mata, maka sekaligus (insha Allah) hati kita akan turut terjaga...

Insha Allah, posting berkenaan dengan niqob ini akan bersambung... Jangan lupa untuk lihat-lihat di posting ini... Akan datang saya akan menunjukkan contoh niqob 3 layers dan yang biasa dipakai oleh wanita muslimah Malaysia...

Ilaliqo' :)

Selasa, 08 Desember 2009

Hati

Hati
tetap harus kuat
langkahmu harus tetap perkasa
biarpun gerakmu selembut angin
tapi hatimu harus sekuat baja

Hati
tetap harus sabar
meskipun badai datang menerpa
siapkan layar iman dan taqwa
untuk pelayaran di samudra luas dengan ujian


Hati
tetap harus istiqomah
jangan pernah mengalah
apalagi menyerah
kita tidak berhak mendahului takdir
tapi kita berhak untuk merencana
perjalanan hidup kita
yang akan berakhir dengan keteguhan diri kita.

Hati
semoga kita bisa bersatu nanti
lambat tapi pasti.
insha Allah
:)

~Buat HATI yang sentiasa di hati~

Selasa, 17 November 2009

Pelaminan Syurga...


Seandainya engkau tahu
Wahai kekasihku
aku bukanlah Sumayyah yang tangguh
merelakan anak, dan suami
mengejar kematian demi menghirup wewangian Firdausi

kerana,
aku hanyalah seorang isteri
yang butuhkan cinta dan kasih sayang
yang memerlukan didikan dan tarbiyah
darimu yang bergelar suami

tetapi,
ketika wanginya darah para syuhada dan
senandung cinta medan Jihad
membuatmu mabuk kepayang akan syurga
aku tidak lagi mampu menahan
keingananmu untuk meraih CintaNya

aku relakan cintaku tinggal disini
bersama permata-permata yang telah kau amanahkan
yang kelak akan kudidik
menjadi singa-singa yang gagah berani sepertimu
mengikuti jejak abinya yang tercinta

Engkau pergi dalam bentuk jasadi
Tetapi kau hidup dalam Ruh-ruh kami


"syukran ya Robb kerana kau memilihnya sebagai syuhada"

Besarnya cintamu padaNya
Pada DeenNya
Mengalahkan secuil kasih dan cintaku ini
Kau pergi mencari mahar

Buat meraih pelaminan syurga nan indah
Nantikan aku wahai mujahidku
Nantikan aku sebagai bidadarimu

Kerana
Wanginya kasturi Firdausi
Mula merasuki jiwaku


Based on the true story of Ummu bakr, as Syahid (Insya Allah) Jamal Manshur wife. One of the Mujaheed Palestine.

original by me
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Syukran ala ziaroh... :)