Minggu, 03 Oktober 2010

Niqob 3 Layers

Alhamdulillah, kita masih diberi keistiqomahan dalam beragama. Bagaimana kabar antunna sekalian? Ada peningkatan tidak dalam kehidupan seharian kita?

Seperti yang ana janjikan, hari ini akan postingkan beberapa gambar bekenaan dengan niqob 3 layers. Niqob jenis ini kebanyakkannya dipakai oleh wanita timur tengah dan eropah. Agak susah kalau kita nak lihat orag Asia yang pakai. Kenapa? mungkin inilah yang dikatakan sebagai "environment" atau persekitaran dalam bahasa melayu...

Orang melayu biasa mengenakan pakaian tradisional seperti baju kurung, kebaya dan lain-lain. Jadi apabila masuk budaya arab, mungkin ia akan kelihatan aneh dan asing. Namun perlu diingatkan bahawa, ia bukan semata-mata budaya, tetapi ia merupakan tuntutan yang harus kita patuhi -tuntutan yang dikatakan adalah menutup aurat sedangkan pemakaian niqob adalah sunnah :)-

Sebelum ana membebel panjang lebar, mari cekidot contoh pemakai niqob 3 layers ini;



Nah, bagaimana? mungkan ada yang akan berkata, seramlah.... ihhhh tak panas ke pakai macam tu? heeee... Sejujurnya, tidak ada kata panas dan tidak selesa apabila kita memakai pakaian ini dengan kehendak dan rasa sukarela.

Lupakan propaganda barat yang mengatakan hijab, purdah, niqob dan sebagainya menyekat kebebasan para wanita. TIDAK! ia malah menjadi pelindung bagi para wanita tersebut. Alhamdulillah, apa yang ana tuliskan ini bukan semata-mata ocehan dan kata2 tanpa makna, tapi ia merupakan pengalaman peribadi ana sendiri.

Bagi yang ada keinginan untuk menjaga diri, ana persilakan jika antunna mengenakan niqob. TAPI! jika niat antunna ingin menunjuk-nunjukka dan sebagainya.... Maka ana ingin katakan disini! luapkan niat kalian itu, kerana perbuatan memakai niqob kerana menunjuk-nunjuk hanya akan memburukkan lagi imej Islam!

Di bawah ini merupakan contoh kain dan bagian-bagian bagi niqob 3 layers.





Semoga kita dapat memperbaiki niat kita setiap hari. :) Jadilah wanita solehah, mukminah dan mujahidah yang dicintai oleh penduduk langit dan bumu. Insha Allah nanti ana akan tunjukkan 1 lagi contoh niqob iaitu niqob yang sering dipakai oleh wanita Malaysia.

Ilalliqo'. :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Syukran ala ziaroh... :)