Sabtu, 27 Februari 2010

Warnai Rumahtanggamu

Sejak saya menulis blog ini dan harapan dan cita-cita untuk menikah tidak pernah padam, saya mencuba memberikan dan menyampaikan serba sedikit ilmu yang saya tahu di sini mengenai kehidupan berumahtangga dan keluarga.

Membina rumahtangga bukanlah sekedar khayalan utopia di selingi mimpi indah semata. Bukan juga hanya sekedar keinginan untuk hidup berdua dan bercinta sampai mati (tetapi bercinta hingga ke syurga!), tapi menurut saya sendiri,pernikahan itu merupan sebuah perjuangan, merupakan dakwah dan jalan menuju jihad fie sabilillah. Hal ini merupakan romantisme yang lebih romantis dari percintaan romeo dan juliet, shah jehan dan mumtaz atau laila dan Majnun. Inilah percinta yang di contohkan oleh baginda Rasulullah.

Rumahtangga yang di bina kerana sebuah perjuangan, menegakkan Kalimatullah dan sunnah Rasulullah merupakan perjuangan cinta yang abadi yang dapat menghatar bukan saja 2 orang insan ke syurga firdausi, malah dapat menarik kaum kerabat, sanak saudara yang terdekat untuk sama-sama meraih redha ilahi. Itulah Romantisnya rumahtangga, baitul muslim yang di bina kerana Allah s.w.t.

Pilihan terketak di tangan para isteri dan suami untuk bagaimana mereka mewarnai kehidupan rumahtangga mereka. Rasulullah mencontohkan bahawa kehidupan rumahtangga merupakan sebuah kehidupan untuk meraih ketenangan untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan.

Indah bukan sekedar di mata, tapi di jasmani dan juga jiwa. Begitulah sebuah rumahtangga idaman para mukminin dan mukminat, muslimin, muslimat, mujahidin dan mujahidat.

Namun, pada hakikatnya, banyak anak manusia yang membina rumahtangga kerana ingin memenuhi nafsu syahwat semata tanpa memikirkan matlamat dari pernikahan itu sendiri.

Melalui sebuah pernikahanlah, maka akan lahir anak-anak manusia yang mawarisi sebuah kehidupan. Kerana itu untuk menghadapi sebuah rumahtangga, 1001 persiapan harus dilakukan. tidak sekedar bermodalkan, harta atau nafsu. Agamalah yang utama. Bagaimana kita mencorak dan mewarnai kehidupan rumahtangga kita, maka begitu juga zuriat yang bakal lahir kelak.

Hassan Al Banna sangat menitip beratkan kehidupan rumahtangganya. Malah beliau tidak mebiarkan sang isteri sendiri dalam mendidik anak-anak. di sela-sela kehidupannya, beliau masih sempat bersama anak-anaknya untuk sekedar makan dan bertanya kabar serta memberi tarbiyah dan didikan jasmiyah dan ruhaniyah. Maka tidak hairan jika anak-anaknya turut menjadi pendukung dan memahami perjuangannya.

Menjadikan rumahtangga sebagai ladang perjuangan juga bukanlah alasan untuk hidup dalam kemelaratan dan kemiskinan. Tidak bermewah-mewahan namun tidak juga melarat. Rasulullah mencontohkan agar kita mengamalkan kehidupan bersederhana. Untuk sebuah perjuangan, kita tidak hanya memerlukan tenaga dan kudrat, namun juga harta. Namun, bukan kehidupan yang ditenggelami harta yang dianjurkan kerana itu sendiri akan mebinasakan kehidupan.

Kehidupan kita adalah bagaimana kita mewarnainya. Life is choice. Ingatlah bahawa kehidupan tidak hanya di dunia, tetapi juga di akhirat. dunia tidak abadi, kehidupan yang abadi itu di syurga. Maka pilihlah... tepuk dada dan tanya IMAN!

~Istana Mujahidah Solehah~

Jumat, 26 Februari 2010

Cinta dan Harapan


Siapa kata cinta itu haram? tidak... Cinta itu tidak haram malah di dalam al Quran Allah s.w.t. berfirman... "maka nikahilah dengan wanita-wanita yang kamu cintai..."

Allah s.w.t menjadikan mata untuk melihat dan di manfaatkan untuk beribadah kepadaNya. Mata merupakan nikmat Allah yang sangat indah, kerana dari mata maka timbul cinta. Namun dari mata juga dapat timbulnya benci. Maka, Allah memerintahkan kita untuk menundukkan pandangan dari melihat hal-hal yang berbau maksiat kerana selepas mata maka pandangan itu akan turun ke hati. Jika kita melihat sesuatu yang buruk dan dosa maka akan busuk jugalah hati kita. Subhanallah... indahnya aturan yang telah Allah s.w.t tetapkan.

Begitu juga dengan tangan, kaki, mulut, telinga, lidah, hidung, kaki.... Semuanya ada fungsi yang Allah sediakan. Semua indra yang Allah berikan ini dapat mendorong kita untuk menghasilkan cinta. Namun cinta yang bagaimana?

Ingatkah kita pada sejarah Fatimah Az zahra' dan Ali bin Abi tholib. Begitu lama Fatimah menyimpan cintanya kepada Ali kerana ingin menjaga hatinya. Semua lamaran 3 khalifah besar dan sahabat terdekat ayahnya iaitu baginda Rasulullah s.a.w di tolak dan menunggu lamaran dari Ali, anak angkat ayahnya.

Dengan CINTA dan HARAP... Maka akhirnya cinta itu berbuah juga, Ali dengan gagahnya melamar Fatimah, puteri kesanyangan Rasulullah s.a.w. Begitu suci Fatimah menjaga cintanya sehingga membuatkan Ali karamullahu wajhah berani untuk maju melamar Fatimah.

Begitulah cinta yang di ajarkan Islam, Islam tidak sama sekali melarang cinta, namun islam melarang kita menodai cinta.

Lihatlah bagaimana Rasulullah mencintai isteri-isterinya... berhadapan dengan pelbagai kerenah dan sikap, apalagi cemburu yang kadang tidak terkendali. Namun, kerana akhlah Rasulullah yang mulia maka semua isterinya dapat baginda tangani dengan baik.

Masih adakah rijal seperti Rasulullah? Saat saya bertanya kepada teman saya, beliau menjawab, "yang sama persis seperti Rasulullah tidak ada... tetapi yang berusaha mencontohi Rasulullah, Insya Allah ada..."

Subhanallah... betapa indahnya cinta keranaMu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Syukran ala ziaroh... :)