Kamis, 30 September 2010

Niqob 2 Layers

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh...

Alhamdulillah, kita semua masih diberi keistiqomahan dalam beragama... mensyukuri nikmat Iman dan Islam yang diberi oleh Allah SWT.

Bagaimana keadaan akhowati sekalian? Makin meningkatkah iman kita? semakin cintakah kita kepada Islam? Smg kita sentiasa mendapat petunjuk dari Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perilaku kita...

Ha.. beberapa hari lepas saya publis tentang niqob 1 layer... macam mana? berkenan tak? Sekarang saya nak tunjukkan pula... contoh niqob 2 layer. Cekidot foto-foto yang dibawah ini. :)




Niqob yang ana tunjukan ini ada permata dibawahnya, Jadi si pemakai akan kelihatan cantik dan elegan setaip kali mengenakkannya.





Syariat pemakaian niqob ini adalah untuk memelihara kaum wanita dari fitnah. Kecantikan seorang wanita juga adalah subjektif... Jadi boleh jadi cantik di mata si A tidak sama dengan canti di mata si B.

Ianya bukan sekadar ingin menutup keindahan semata-mata (agar dipertontonkan kepada yang berhak) tetapi ia juga dapat membantu seorang wanita itu agar menjaga pandangan. :) Mata yang liar akan membuatkan hati kita menjadi liar, namun jika kita dapat menjaga mata, maka sekaligus (insha Allah) hati kita akan turut terjaga...

Insha Allah, posting berkenaan dengan niqob ini akan bersambung... Jangan lupa untuk lihat-lihat di posting ini... Akan datang saya akan menunjukkan contoh niqob 3 layers dan yang biasa dipakai oleh wanita muslimah Malaysia...

Ilaliqo' :)

Sabtu, 18 September 2010

Niqob 1 layer



Assalamualaikum,

hehe. blog ne dah bersawang lama tak update... Thx kepada yang tetap mengunjungi meskipun tak berupdate! tadaaaa... Kali ne saya nak tunjukkan contoh-contoh niqob. Dalam keseharian saya pun, saya pakai niqob, kerana apa? saya memandangnya sunnah yang patut dilaksanakan. Mencontohi para Ummahatul mukminah iaitu isteri-isteri Rasulullah... So cekidot!






kat atas tu adalah contoh niqob2 yang telah di pakai... Pasti ada yang ingin tahu bagaimana rupa niqob ne sebenarnya kan?? so cekidot yang kat bawah ne!!





Alhamdulillah Allah telah menjadikan keindahan yang terpelihara dan tertutup? bagaimana anda? :D mari kita selamatkan iman dengan menutup keindahan kita dari tatapan dan pandangan umum... Apapun... la ikhrohhafieddin... tiada paksaan dalam agama...

Ohya, insha Allah esok2 saya tunjukkan jenis yang lain pulak. :) sebenarnya niqob ne ada macam2 jenis... baru je tadi saya dapat kiriman dari teman di Dubai. Alhamdulillah... Syukran ya kepada yang mengirim! :)

Jumat, 07 Mei 2010

Dari Sughro Kepada Qubro.

Berat sungguh perasaanku ini...
Ya Allah,
Kau akan pindahkan aku dari medan ujian sughra ke medan ujian kubra
Jadikan hijrah ku ini sebagai qurbah kepadaMu
Jadikan hijrah ku ini sebagai penyucian jiwaku
Agar aku tidak ikat agamaku dengan tanah
Agar aku tidak ikat jiwaku dengan manusia-manusia yang aku biasa dengan mereka

Ya Allah,
Sekiranya ada insan yang hadir dalam hidupku mengurangkan tawakal ku serta kebergantungan ku kepadaMu, leraikanlah perasaanku itu.
Agar jiwaku penuh dengan cinta dan harap padaMu.
Sehingga sempurna pengharapanku kepadaMu.
Sehingga aku tidak merujuk selainMu.
Sehingga aku tiada lagi rasa ketakutan.

Ya Allah,
Namun, belajar daripada orang lain merupakan sesuatu yang Engkau perintahkan
Engkau berfirman "fa bi hudaahumuqtadih" (dengan petunjuk mereka, maka berqudwalah) Al-An'am:90
Segala pujian untukMu, di atas hidayah yang Engkau kurniakan pada jiwa-jiwa yang ikhlas kepadaMu
Aku banyak berqudwah dengan mereka

Cinta & Harapan ~dengan makna tersendiri dari saya :)


Kemarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok

(Pastikan hari ini lebih baik dari semalam, dan besok lebih baik dari hari ini! ne belom masuk bab cinta dan harapan, baru intro)

Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan (Betul~~)
Kepastian membunuh kerisauan (Husnudzhon dengan Allah)
Ketabahan mendamai keresahan (Harus!)

Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua (ehem! no Love before aqad!)
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya (Kembalikan semuanya kepada Allah...)

Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan (ha... Ini akhlak seorang Mukmin! contohilah!)

Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia (HAPPY ENDING)

Pengajaran: Ujian itu akan terasa manisnya juka diiringi dengan kesabaran. Setakat mana kita mendalami agama kita dan di mana kita sandarkan cinta kita? ha... tepuk dada tanya iman! jangan tanya nafsu :)

credit to: kumpulan nasyid firdaus

Rabu, 03 Maret 2010

Laksa Lemah Istana Mujahidah Solehah ^_~


Cara nak buat Laksa Lemak (Hidangan 6 orang)


Bahan-bahan dan Cara Nak buat kuahnye. :)

1. Rebus ikan kembung 6 ekor
2. tumbuk bawang merah 6 ulas
3. tumbuk bawang putih 3 ulas
4. tumbuk halia sebesar ibu jari
5. tumbuk lada hitam sekucup rasa :D
6. Beli santan dekat kedai sebijik!
7: Asam keping 3 ulas
8. 2 Kuntum bunga onje
9. Daun Kesum

~Ikan yang telah direbus diangkat kemudian dileraikan dari tulangnya. Ingat! jangan buang air ikannya. Ini penting untuk kemudian hari. hehehe

~Ikan yang telah dileraikan dari tulangnya kemudian ditumbuk sampai hancur. Kemudian tumbuk pula tulang ikannya, Juga sampai hancurrrr.....

~Sambil-sambil tu... Masukkan santan dalam periuk, masukkan juga 3 gelas air.

~Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, bunga onje, daun kesum dan asam keping. Kacauuuu sampai rata. Jangan bagi pecah minyak ok!

~Tulang ikan yang telah ditumbuk tadi kemudian di rendam dengan 2 gelas air masak. Di gode-gode (kacau-kacau maksudnya...), di tapis, kemudian air tulang ikan tadi dimasukkan ke dalam periuk tadi.

~Masukkan jugak air ikan tadi yeee... :D

~ops, jangan lupa! sebelum masukkan air tulang ikan tadi, tunggu sehingga bahan2 dalam periuk tadi menggelegak okey!

~Kemudian, masukkan daging ikan yang dah di tumbuk2 hingga hancur tadi!

~Kacau... kacau... kacau sehingga ikan daging tidak menggental. kacau kemudian biarkan ia menggelegak.

Cara nak buat Mee Laksa

~Mee laksa yang dah beli tu, apalagi! rebus lah...

~Dah rebus... toskan ia! hehehe

~Dah Tos hidangkan dalam mangkok!

Cara nak hidangkan.

~Kuah Laksa yang dah menggelegakkan tadi, angkat kemudian hidangkan dalam mangkok.

~Hirus kacang panjang dan timun untuk ulama. Hiris kecil-kecil!

~Buat sambal belacan. Cara dia, tumbuk 11 bijik lada merah, belacan secukupnya, air limau nipis. haaa.. dah tu hidang lah!

~slurrppppppppp....................................... Sodapnyaaaaaa lah! selamat mecuba! ^_~

~Istana Mujahidah Solehah~

Sabtu, 27 Februari 2010

Warnai Rumahtanggamu

Sejak saya menulis blog ini dan harapan dan cita-cita untuk menikah tidak pernah padam, saya mencuba memberikan dan menyampaikan serba sedikit ilmu yang saya tahu di sini mengenai kehidupan berumahtangga dan keluarga.

Membina rumahtangga bukanlah sekedar khayalan utopia di selingi mimpi indah semata. Bukan juga hanya sekedar keinginan untuk hidup berdua dan bercinta sampai mati (tetapi bercinta hingga ke syurga!), tapi menurut saya sendiri,pernikahan itu merupan sebuah perjuangan, merupakan dakwah dan jalan menuju jihad fie sabilillah. Hal ini merupakan romantisme yang lebih romantis dari percintaan romeo dan juliet, shah jehan dan mumtaz atau laila dan Majnun. Inilah percinta yang di contohkan oleh baginda Rasulullah.

Rumahtangga yang di bina kerana sebuah perjuangan, menegakkan Kalimatullah dan sunnah Rasulullah merupakan perjuangan cinta yang abadi yang dapat menghatar bukan saja 2 orang insan ke syurga firdausi, malah dapat menarik kaum kerabat, sanak saudara yang terdekat untuk sama-sama meraih redha ilahi. Itulah Romantisnya rumahtangga, baitul muslim yang di bina kerana Allah s.w.t.

Pilihan terketak di tangan para isteri dan suami untuk bagaimana mereka mewarnai kehidupan rumahtangga mereka. Rasulullah mencontohkan bahawa kehidupan rumahtangga merupakan sebuah kehidupan untuk meraih ketenangan untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan.

Indah bukan sekedar di mata, tapi di jasmani dan juga jiwa. Begitulah sebuah rumahtangga idaman para mukminin dan mukminat, muslimin, muslimat, mujahidin dan mujahidat.

Namun, pada hakikatnya, banyak anak manusia yang membina rumahtangga kerana ingin memenuhi nafsu syahwat semata tanpa memikirkan matlamat dari pernikahan itu sendiri.

Melalui sebuah pernikahanlah, maka akan lahir anak-anak manusia yang mawarisi sebuah kehidupan. Kerana itu untuk menghadapi sebuah rumahtangga, 1001 persiapan harus dilakukan. tidak sekedar bermodalkan, harta atau nafsu. Agamalah yang utama. Bagaimana kita mencorak dan mewarnai kehidupan rumahtangga kita, maka begitu juga zuriat yang bakal lahir kelak.

Hassan Al Banna sangat menitip beratkan kehidupan rumahtangganya. Malah beliau tidak mebiarkan sang isteri sendiri dalam mendidik anak-anak. di sela-sela kehidupannya, beliau masih sempat bersama anak-anaknya untuk sekedar makan dan bertanya kabar serta memberi tarbiyah dan didikan jasmiyah dan ruhaniyah. Maka tidak hairan jika anak-anaknya turut menjadi pendukung dan memahami perjuangannya.

Menjadikan rumahtangga sebagai ladang perjuangan juga bukanlah alasan untuk hidup dalam kemelaratan dan kemiskinan. Tidak bermewah-mewahan namun tidak juga melarat. Rasulullah mencontohkan agar kita mengamalkan kehidupan bersederhana. Untuk sebuah perjuangan, kita tidak hanya memerlukan tenaga dan kudrat, namun juga harta. Namun, bukan kehidupan yang ditenggelami harta yang dianjurkan kerana itu sendiri akan mebinasakan kehidupan.

Kehidupan kita adalah bagaimana kita mewarnainya. Life is choice. Ingatlah bahawa kehidupan tidak hanya di dunia, tetapi juga di akhirat. dunia tidak abadi, kehidupan yang abadi itu di syurga. Maka pilihlah... tepuk dada dan tanya IMAN!

~Istana Mujahidah Solehah~

Jumat, 26 Februari 2010

Cinta dan Harapan


Siapa kata cinta itu haram? tidak... Cinta itu tidak haram malah di dalam al Quran Allah s.w.t. berfirman... "maka nikahilah dengan wanita-wanita yang kamu cintai..."

Allah s.w.t menjadikan mata untuk melihat dan di manfaatkan untuk beribadah kepadaNya. Mata merupakan nikmat Allah yang sangat indah, kerana dari mata maka timbul cinta. Namun dari mata juga dapat timbulnya benci. Maka, Allah memerintahkan kita untuk menundukkan pandangan dari melihat hal-hal yang berbau maksiat kerana selepas mata maka pandangan itu akan turun ke hati. Jika kita melihat sesuatu yang buruk dan dosa maka akan busuk jugalah hati kita. Subhanallah... indahnya aturan yang telah Allah s.w.t tetapkan.

Begitu juga dengan tangan, kaki, mulut, telinga, lidah, hidung, kaki.... Semuanya ada fungsi yang Allah sediakan. Semua indra yang Allah berikan ini dapat mendorong kita untuk menghasilkan cinta. Namun cinta yang bagaimana?

Ingatkah kita pada sejarah Fatimah Az zahra' dan Ali bin Abi tholib. Begitu lama Fatimah menyimpan cintanya kepada Ali kerana ingin menjaga hatinya. Semua lamaran 3 khalifah besar dan sahabat terdekat ayahnya iaitu baginda Rasulullah s.a.w di tolak dan menunggu lamaran dari Ali, anak angkat ayahnya.

Dengan CINTA dan HARAP... Maka akhirnya cinta itu berbuah juga, Ali dengan gagahnya melamar Fatimah, puteri kesanyangan Rasulullah s.a.w. Begitu suci Fatimah menjaga cintanya sehingga membuatkan Ali karamullahu wajhah berani untuk maju melamar Fatimah.

Begitulah cinta yang di ajarkan Islam, Islam tidak sama sekali melarang cinta, namun islam melarang kita menodai cinta.

Lihatlah bagaimana Rasulullah mencintai isteri-isterinya... berhadapan dengan pelbagai kerenah dan sikap, apalagi cemburu yang kadang tidak terkendali. Namun, kerana akhlah Rasulullah yang mulia maka semua isterinya dapat baginda tangani dengan baik.

Masih adakah rijal seperti Rasulullah? Saat saya bertanya kepada teman saya, beliau menjawab, "yang sama persis seperti Rasulullah tidak ada... tetapi yang berusaha mencontohi Rasulullah, Insya Allah ada..."

Subhanallah... betapa indahnya cinta keranaMu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Syukran ala ziaroh... :)