Jumat, 05 Agustus 2011

Izzah Seorang Niqabi (1)

"Husna, Amirah lepas kelas datang ke bilik saya." Kedengar suara ustaz Halim memanggil nama kedua gadis tersebut.

Husna hanya mendiamkan diri. Amirah melirik kearahnya namun dia hanya membalas lirikan Amirah dengan senyum yang tidak kelihatan. Ada anggukan kecil dari Amirah.

"Okey... Saya akhiri kelas Maqasid Syariah hari ini dengan tasbih kafarah dan sural al asr..." Setelah memberi salam ustaz Halim pun berlalu dari kelas tersebut.

Pagi khamis itu, Husna kuatkan juga langkah kakinya untuk menghadiri kelas Maqasid Syariah. Ada perubahan sikap dari rakan-rakan sekelasnya namun tidak Husna endahkan. Sebahagian rakannya masih bersikap biasa namun sebahagian yang lain sudah mula menjauhkan diri darinya. Ada apa gerangan? Sebuah pertanyaan bermain-main di fikiran Husna.

"Kak. Husna... masalah assignment tu kita nak cakap macam mana dekat ustaz?" Amirah memcahkan suasana yang hampir beku.

"Kita cakaplah perkara yang sebenarnya..."

"Cakap perkara sebenarnya kak?"

"Iya..."

"Baiklah..." Akhirnya Amirah juga berdiam diri.

Mereka telah berada di depan bilik ustaz Halim. Namun ketukan dan salam tidak berbalas. Husna tenang, Amirah juga tenang.

5 menit kemudian kelihatan ustaz Halim masuk ke ruangan pensyarah dan menuju ke arah Husna dan Amirah yang sedang berdiri di depan muka pintu biliknya.

"Assalamualaikum ustaz..." Sapa Amirah...

"Hmmm... Waalaikumsalam... masuk..." Kata ustaz Halim. Wajahnya tak seceria sewaktu mengajar tadi. Husna cuba meneka apa yang bermain di minda ustaz Halim.

"Duduk Husna, Amirah..."

"Husna... cuba kamu cerita pada ustaz apa masalah kamu... Kedatangan kamu sangat teruk, markah ujian kamu juga teruk... kamu nak repeat lagi madah ne semester depan?"

"Tidak ustaz..." Husna hanya bersuara lirih.

"Kamu berdua juga tak hantar assignment, kenapa?"

"Ada masalah pada assignment kami..." Amirah bersuara.

"Ha Amirah... kamu berapa kali dah tak datang kelas?"

"Dua kali ustaz..."

"Husna, kamu pakai niqab, kamu kena jaga imej pemakai niqab. Kenapa kamu macam ne? Kamu ada masalah apa? Putus tunang? Putus cinta?" Ustaz Halim menyoal Husna bertubi-tubi.

"Tiada ustaz... ana tiada masalah..." Husna bersuara menjawab semua persoalan ustaz Halim. Ustaz Halim memandang kearahnya tidak percaya.

"Kamu kena jaga Husna... kamu tu pakai niqab. Nanti apa kata orang..."

Kini hati Husna benar-benar tersentuh. Hendak diceritakan semuanya namun Husna penat. Dia bertekad, segala rahsia dan masalah tak perlu di ceritakan kepada manusia kerana hanya Allah yang berhak mendengar keluh kesah hamba-hambanya.

"Dah... kamu berdua boleh keluar... hari Isnin nanti jumpa saya dengan kumpulan assignment kamu sekali."

****

Ketika keluar dari bilik ustaz Halim, 3 orang pelajar lelaki telah menanti diluar. Husna hanya menundukkan pandangan.

Ya Allah... aku tahu aku lemah...

Husna hanya merintih di hati. Amirah tidak bersuara. Rahsia pertemuan mereka dengan ustaz Halim pagi itu hanya mereka berdua yang tahu.

Ahh... Benarkah aku telah merosakkan citra pemakai niqab? Aku bukan sengaja tak hadir kelas, aku bukan suka-suka nak dapat markah teruk... Hanya kerana aku seorang pemakai niqab jadi kain inilah yang selalu menjadi bahan kata-kata orang. Apakah aku harus akhiri saja perjuangan aku ini? Ya Allah berilah aku petunjuk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Syukran ala ziaroh... :)