Selasa, 26 April 2011

Adillah Terhadap Kami

Kami dilahirkan diatas muka bumi ini. Suci, bersih dan kalianlah yang mencorakkan warna keatas diri kami.

Kau corakkan dengan warna putih, maka jadilah aku seorang yang Muslim

Kau corakkan dengan warna kelabu, maka jadilah aku abu-abu seperti Yahudi dan Nasrani

Kau corakkan dengan warna hitam, maka jadilah aku manusia yang tidak percayakan tuhan

Adillah terhadap kami wahai orantua...

Di awal kelahiran kami maka kenalkan kami pada Tuhan yang Satu
Jadikanlah manusia Muwahhid dan Muwahhidah
Jadikanlah kami Soleh dan Solehah
Jadikanlah kami Mujahid dan Mujahidah

Jangan kau jadikan kami hamba kepada ringgit, rupiah, dollar, dinar atau sebagainya
Jangan kau jadikan kami hamba kepada dunia yang sementara
Jangan kau jadikan kami hamba kepada nafsu serakah

Didiklah kami menjadi manusia tawadhu dan bertaqwa
Merasa cukup dengan apa yang ada

Salurkan nafsu kami kepada perkara yang berguna
Didik hati kami menghindari perkara yang hina

Sementara...

Dunia masih bernyawa
dan kiamat belum tiba

Faqir Ilallah
Ummu Sakinah Muhammad

Senin, 25 April 2011

Aku Dan Jodoh Terbaikku


Masalah jodoh dan masa depan memang tidak dapat tidak pasti bermain-main dalam fikiran. Siapa pun yang bernama manusia pasti mengharapkan yang terbaik dalam kehidupannya, begitu juga dengan pasangan hidup.

Namun tahukan kita bagaimana caranya untuk menDEKATkan JODOH yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt di lauh mahfuz? Persoalan ini penting kerana selain berdoa kita juga di tuntut untuk berusaha. Di dalam sebuah majalah Islam ada menyatakan cara bagaimana untuk mendekatkan diri kita kepada jodoh kita. Antaranya adalah;

1. Berdoa dengan bersungguh-sungguh dan berusaha dengan tepat.

Doa kita akan dikabulkan oleh Allah swt apabila kita berdoa sesuai dengan ketentuanNya sebagaimana yang diperintahkan Allah swt serta yang dicontohkan oleh Rasulullah saw. Sabda Rasulullah saw "Sesungguhnya doa seseorang itu tidak akan lepas daripada salah satu dari tiga perkara iaitu adakalanya diampuni dosanya, adakalanya diberikan kebaikan segera (dikabulkan permintaanya) dan adakala ditunda pengabulannya." (HR Ad Dailami)

2. Amati orang di sekitar anda.

Semua orang mempunyai jodoh yang dijanjikan Allah. Lumrahnya, kebanyakkan jodoh kita terdiri daripada orang yang tidak jauh daripada kita. Namun, masih ada kemungkinan seseorang itu berjumpa dengan orang yang jauh, seperti orang Malaysia bertemu dengan orang Indonesia ;).

3. Tidak mudah patah semangat

Rasulullah saw pernah bersabda "Allah benci kepada orang yang patah semangat tetapi syaitan sukakannya." Kebanyakkan, orang yang berputus asa dalam memiliki jodoh mula membuat oelbagai tanggapan tentang jodoh. Tanggapan negatif yang sering bermain-main di fikiran hanya menyebabkan semakin sulit bertemu jodoh.

4. Mengisi hati dengan ibadah

Firman Allah swt "Orang yang memelihara solatnya, mereka itulah orang yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal didalamnya" (Surah Al Mukmin: 9-11)

5. Menyayangi semua orang di sekitar

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud "Mahukah kamu, aku beritahukan tentang sesuatu yang apabila kamu kerjakan kamu akan saling menyayangi? Sebarkanlah salam diantara kamu." (HR Muslim)

6. Sentiasa bersedia bertemu pasangan pada bila-bila masa

Tanggapan perama itu sangat penting. kerana itu persiapkanlah diri anda dalam keadaan sentiasa rapi dan kemas, bersih, harum dan ceria walau dimana jua anda berada. Kerana tidak menolak kemungkinan di suatu tempat yag kita pergi menjadi tempat pertemuan pertama kita dengan bakal pasangan kita.

7. Menyucikan diri

Hati yang bersih akan memancarkan sinar ketulusan di wajah seseorang menyebabkan seseorang itu sejuk dipandang mata. Maka dengan itu mudahlah orang akan jatuh cinta terhadapnya.

8. Cuba melengkapi ciri-ciri lelaki dan wanita idaman.

Perbaiki segala kelemahan dan bersyukur serta istiqomah dengan segala kelebihan. cuba sedaya upaya memasukkan sebanyak mungkin sifat-sifat wanita atau lelaki idaman ke dalam diri sendiri. Sebagaimana kita mengimpikan seorang lelaki atau wanita idaman, bakal pasangan kita juga turut mengimpikannya.

Mulai sekarang berusahalah untuk mendapatkan jodoh terbaik dari Allah. Jangan sesekali putus asa dan bersangka buruk dengan Allah. Jika sudah bertemu dengan pasangan yang diimpikan maka segerakanlah pernikahan menurut syariat. Maka berhadapan dengan halangan maka bersabarlah kerana setiap kesabaran pasti akan berakhir dengan kemanisan.

Uktukum Fillah
Ummu Sakinah Muhammad
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Syukran ala ziaroh... :)